MEMO


Selamat datang ke blog rasmi SJKC Pondok Batang

Selamat menyambut tahun baru 2016

Perhatian!!
Sesiapa yang ingin membuat pengumuman atau penambahbaikan melalui blog ini terus berhubung dengan Pn. Nur Ain Binti Maarof..Terima Kasih.

Sejarah Dan Lokasi


Sejarah SJK (C) Pondok Batang

Pada tahun 1937, LIEW CHOON, LOH HUAN XIN, LAI YIN, CHAN HUO, LOH MAU dan lain-lain Perintis mendirikan sekolah asal ini. Ianya didirikan atas inisiatif masyarakat setempat. Nama asal sekolah ini ialah sekolah YANG MIN, bermakna “ Sekolah Mengasuh Rakyat”. Alamat sekolah ialah Kampung Baru Pondok Batang, Melaka.

Pada masa itu, jumlah murid sekolah hanya 30 orang sahaja dan belajar di dalam sebuah pondok. Guru Besar yang pertama bernama XIE LING GUANG dan beliau dibantu oleh 2 orang guru. Pada tahun 1961, sekolah ini dijadikan Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. Pada tahun yang sama, nama sekolah ditukarkan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pondok Batang hingga sekarang.


Sekolah kini

Mempunyai empat bilik darjah, sebuah pejabat, bilik guru besar dan guru, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik untuk menyimpan Alatan Bantuan Mengajar, sebuah tandas lelaki dan perempuan, sebuah bilik Kemahiran Hidup, sebuah bilik komputer, sebuah gelanggang bola keranjang dan dua buah gelanggang badminton.

Terdapat seorang guru besar dan 12 orang guru yang berkhidmat di sekolah ini termasuk guru agama islam. Terdapat juga seorang guru pemulihan khas yang ditugaskan ke sekolah untuk mengajar murid yang lemah dalam Bahasa Melayu dan Matematik.













Lokasi 

Kampung Baru Pondok Batang, 
77100 Asahan Melaka
Malaysia